Ruangan yang memperkenalkan ilmu tarannum kepada para guru dan murid SK Surati Papar Sabah yang ingin mempelajarinya.....
Semoga beroleh RAHMAT daripadanya....
Dan Semoga Bacaan Kalam Suci kita diperelok dan diperindahkan...
Amin....
Sekolah ini telah dibuka pada 12 Jun 2000.
Sebelum sekolah ini siap dibina & dibuka kepada murid-murid, Sekolah Kebangsaan ini menumpang sementara waktu di salah sebuah bangunan Sekolah Kebangsaan Pekan Papar
Sabah atau dikenali sebagai
SK Pekan Papar.
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) SK Surati pada waktu itu dilaksanakan pada sebelah petang.
Di penghujung Tahun 2000,
bangunan SK Surati yang baru telah siap dibina di jalan Kg Surati Papar, bersebelahan dengan kampung Surati Papar. Bangunan SK Surati mula beroperasi pada 3 Januari 2001.
Guru Besar Pertama ialah Encik
Mohd Talib Bin Hj Ag Damit.
Tempoh Perkhidmatan beliau di
SK Surati Papar bermula pada
penghujung Jun 2000 hingga Dis 2002.
Manakala Guru Besar kedua ialah
Encik Abd Latip Bin Ag Besar.
Beliau mula berkhidmat di SK Surati Papar pada Januari 2003 hinggalah Januari 2009.Guru Besar terkini adalah Encik Duraman Bin Bakar. Beliau berasal dari Kimanis Papar Sabah dan mula berkhidmat menggantikan Guru Besar terdahulu pada Februari 2009 hinggalah sekarang.